Saturday, January 1, 2011

Pesanan Ketua Panitia PJK 2011

Sila baca dengan teliti

1)Setiap guru yang mengajar subjek PJK diminta mengisi dan menghantar 2 salinan jadual waktu(PJK sahaja) kepada ketua panitia PJK sebelum 5 Jan 2011.

2)Guru diwajibkan mengajar PJ/PK mengikut sukatan pelajaran yang ditetapkan.

3)Cara pemakaian guru - Guru hendaklah memakai pakaian sukan yang lengkap semasa mengajar
Pendidikan Jasmani. Selepas waktu rehat guru-guru dikehendaki
menukar balik pakaian seragam, begitu juga dengan pelajar.
- Guru boleh memakai pakaian sukan dari rumah sekiranya ada mengajar
pendidikan Jasmani pada hari yang tertentu kecuali hari perhimpunan
rasmi.

4) Guru diwajibkan turun padang dan melibatkan diri bersama pelajar semasa pendidikan jasmani dilaksanakan. Guru juga dikehendaki melibatkan semua pelajar dalam aktiviti.

5) Gelanggang serbaguna dan tapak perhimpunan tidak boleh digunakan untuk pendidikan jasmani.

6) Penyediaan rancangan pelajaran PJK (rujuk pada download di sebelah kanan)

7) Nota-nota dan soalan-soalan PJK boleh didapatkan dari blog ini(rujuk download di sebelah kanan). Buku teks PJK boleh dipinjam daripada ketua panitia PJK.

8) Setiap peminjaman alat sukan/bola hendaklah direkod dalam buku peminjaman yang terletak di bilik sukan sebelum alat dikeluarkan dan direkod pulang semasa pulang. Alat-alat yang dipinjam adalah tanggungjawab guru yang meminjam. Guru tidak dibenarkan meminta pelajar untuk memulangkan alat tanpa iringan guru.

9) Pelajar dikehendaki sediakan 1 buku kecil untuk menjadikan buku nota PJK sahaja.

10) Program panitia PJK 2011----2 hari untuk hari Jasmani dan kesihatan (20/4/2011-
21/4/2011) Pameran dan bengkel akan diadakan.

11) SEGAK akan bermula selepas cuti hari Raya Cina, bengkel/seminar perlaksaan SEGAK akan diadakan pada 10 Jan 2011.

Sekian, harap maklum.

Majukan Sukan Untuk Negara!

No comments:

Post a Comment